Wednesday 21 September 2011

Apakah itu Komunikasi

Komunikasi terjadi dalam pelbagai cara dan  komunikasi hanya menyampaikan, atau bertukar-tukar fikiran mengenai mesej, idea, pengetahuan atau maklumat dengan cara seperti :  
  • tanda
  • bunyi
  • pertuturan
  • isyarat
  • tulisan
  • tingkah laku
 Komunikasi juga adalah satu kelakuan yang mana boleh mempengaruhi orang lain. Masing-masing mempunyai cara atau kaedah yang tersendiri demi untuk menyampai serta bertukar-tukar pandangan di antara satu sama lain. Kaedah komunikasi ini sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Semakin maju ketamadunan manusia semakin canggih teknologi yang digunakan agar proses penyebaran dan penyampaian maklumat ini menjadi lebih cepat dan mudah.


Kini, corak kehidupan manusia serta corak perlaksanaan perniagaan juga telah berubah hasil daripada wujudnya teknologi rangkaian dan telekomunikasi. Kalau dulu untuk sebarang urusan perniagaan dan sebagainya telefon biasa digunakan, tetapi sekarang bukan hanya suara yang boleh dipindahkan secara elektronik malahan teks, imej dan grafik boleh disalurkan melalui media elektronik. inilah antara kelebihan teknologi komunikasi.


Jelas terbukti, komunikasi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Tidak dapat dinafikan dalam kebanyakan bidang yang kita ceburi, kaedah komunikasi yang paling berkesan akan menjadi pilihan. Oleh itu, pembelajaran mengenai komunikasi adalah perlu bagi mengetahui dengan lebih mendalam mengenai proses komunikasi serta kaedah yang digunakan dalam komunikasi. 












4 comments: