Saturday 24 December 2011

APA ITU HTML?


  • Singkatan dari Hyper Text Markup Language (HTML).


  • Merupakan bahasa yang digunakan untuk membuat laman web.


  • Bukan suatu bahasa pengaturcaraan seperti c, c++ atau Pascal.


  • Ia lebih kepada bahasa yang menetapkan corak paparan dokumen.


  • Diterjemahkan oleh pelayar web.


    JARINGAN SEDUNIA (WWW)


  • Permohonan lapisan / perkhidmatan - Hypertext / Hypermedia.




  • Lapisan penghubung - TCP/IP (80 Port). 




  • MENGENALPASTI DOKUMEN HTML




  • Dokumen teks ASII.


  • Penyimpanan fail - *.html / *.html


  • Kandungan dalam tag HTML:
    <!DOCTYPE HTML PUBLIC “-//WEC//DTD HTML 3.2//EN”>
    <HTML>
    <HEAD>
    ………..
    </HEAD>
    <BODY>
    ……….
    </BODY>
    </HTML>


    PENULISAN DAN MUAT NAIK





  • Perkakasan Menulis Teks
    - Editor teks - NotePad, WordPad
    - Visual editor (WYSIWYG - What You See Is What You Get)- MS Frontpage, Macromedia Dreamweaver, Lotus FastSite
    .





  • Muat Naik
    - Pelayar Web - IIS, Nestcape Web Server, Apache.
    - Talian Internet / Intranet (LAN)
    - Akaun FTP (File Transfer Protocol)
    Rajah: Proses Muat Naik




    Apa Itu HTML Dan Bagaimana Ia Berfungsi?

    Soalnya di sini, apakah itu HTML? HTML adalah ringkasan bagi Hyper Text Markup Language. Usah risau jika istilah itu amat ‘menakutkan’ anda kerana ia hanya sekadar nama sahaja dan anda tidak perlu tahu secara mendalam.
    Apa yang perlu anda tahu ialah, bagaimana ia berfungsi sehingga wujudnya sebuah laman web yang boleh dilayari, dan bagaimanakah untuk menghasilkan sebuah kod HTML untuk satu-satu File laman web.
    Namun begitu, anda mesti mempelajari asas HTML kerana ia amat membantu anda di dalam pembinaan sesebuah laman web. Malah di satu keadaan yang lain, adalah satu keperluan untuk anda mengedit kod HTML laman web secara terus tanpa bantuan apa-apa perisian laman web.


    Bagaimana HTML Berfungsi?


    Seperti yang anda tahu, File HTML berada di dalam Server dan tugas Server ialah memastikan File-File laman web yang mengandungi kod-kod HTML berfungsi dengan baik.
    Laman web yang mengandungi kod-kod HTML tadi sebenarnya adalah bahasa yang difahami oleh Browser. Kod-kod (dipanggil juga sebagai tag) seperti <HTML>, <TABLE>, <BODY> dan banyak lagi adalah sebuah bahasa yang difahami oleh Browser seperti Internet Explorer, Chrome, Firefox, Safari, Opera dan lain-lain pelayar.
    Jadi, untuk menghasilkan laman web yang lengkap dan ‘cantik’, kita tetap perlu menghasilkan laman web itu dalam bentuk HTML agar Browser (seperti Firefox, Internet Explorer, dan lain-lain) ‘faham’ apa yang perlu dilakukan. Sebab itulah HTML dipanggil sebagai sebuah ‘bahasa’ iaitu bahasa yang difahami oleh Server dan Browser.

    Secara mudah, ini adalah proses sebelum sesebuah laman web dijana:
    Server (Kod HTML) -> Browser -> Laman Web Dipaparkan
    Pengguna Internet (pelawat laman web) akan menggunakan Browser seperti Internet Explorer atau Mozilla Firefox untuk melawati sesebuah laman web. Apabila URL laman web ditaip, Browser sebenarnya akan melakukan ‘request’ kepada Server di mana laman web itu berada.
    Kemudian, Server akan membalas ‘request’ itu dan Browser laman web akan mula mengakses laman web tersebut. Mengakses di sini bermaksud Browser mendownload kod-kod HTML laman web tadi ke komputer yang anda gunakan dan menterjemahkan kod tersebut kepada sebuah laman web yang difahami dan boleh dilayari.

  • No comments:

    Post a Comment