Tuesday 27 December 2011

Computer Network ( Rangkaian Komputer)

PENGENALAN
Dalam masyarakat era informasi, faktor jarak dan masa tidak lagi menjadi penghalang untuk mencapai sesuatu maklumat. Oleh yang demikian rangkaian komputer menjadi sangat penting untuk membantu dalam memperolehi dan memberikan maklumat atau data dalam masa yang singkat. Rangkaian komputer membolehkan penggunanya mendapat maklumat dengan komputer peribadi melaui rangkaian setempat ( LAN ) sehingga ke rangkaian antarabangsa (Internet).
 
Definasi Rangkaian
Rangakaian komputer bermaksud sumbungan dua atau lebih perkakasan komputer yang terpisah secara fizikal tetapi disambungkan secara operasinya. Rangkaian juga merupakan satu sistem perkongsian alat (pencetak dan CD-Rom), perisian, pertukaran maklumat dan komunikasi. Maklumat dapat dipindahkan dalam rangkaian melalui kabel, gelombang radio, pancar infra merah atau satelit.
 
KEBAIKAN MENGGUNAKAN RANGKAIAN (NETWORKING)
    • Berkongsi Fail
      Pengguna dapat berkongsi fail yang disimpan pada palayan (server) atau komputer pusat.
    • Menimdahkan Fail
      Memudahkan pemindahan fail yang disimpan dari satu komputer ke komputer yang lain.
    • Berkongsi Perisian (Aplication) dan mengurangkan kos
      Memudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi seperti Word, Lotus, Access dll. Dengan ini ia dapat mengurangkan kos dan memudahkan instalasi perisian.
    • Berkongsi data dan menjimatkan masa untuk memasukkan data
      Data-data dapat dimasukkan serentak oleh dua atau lebih pengguna kedalam satu aplikasi. Pada masa yang sama juga pengguna yang lain dapat menggunakan data -data tersebut.
    • Berkongsi Pencetak, Pengimbas, CD-Rom dll
      Pencetak atau CD-Rom yang terdapat pada sesebuah komputer dapat digunakan oleh semua pengguna yang mengunakan komputer lain.
    • Menggunakan Mel Elektronik (E-Mail)
      Pengguna dapat menghatar memo dari satu komputer ke komputer yang lain.

      Sistem Rangkaian Komputer
    •  
        Terdapat tiga sistem rangkaian seperti berikut:
         
      Bil Sistem Rangkaian Komputer

      Saiz Kawasan


      Contoh
      1. Local Area Network (LAN) Kawasan Kecil (10km) Sekolah, makmal, dalam sebuah bangunan.
      2. Metropolitan Area Network (MAN) Kawasan lebih besar (10-50km) Bandar, negeri.
      3 Wide Area Network (WAN) Kawasan sangat besar (lebih daripada 50km) Seluruh dunia, negara, Internet
       
    •  
    • Rangkaian Setempat (Local Area Network)
      Sistem rangkaian yang besar ( MAN dan WAN ) lebih berguna dari segi keluasan kawasan geografinya tetapi banyak organisasi perlukan rangkaian setempat untuk menghubungkan alat-alat yang digunakan di tempat yang terhad. Jadi aspek-aspek berikut perlu dipertimbangkan:
      • Jenis LAN - Pengguna dan pelayan (Client-server)         - Pengguna-pengguna sebaya (Peer to peer)
      • Komponen-komponen LAN
      • Topologi LAN
      • Kesan dari LAN 
       
    •  
    • A . Jenis-jenis LAN  
    •  
    • Terdapat dua jenis Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) iaitu:
                    1. Pengguna dan pelayan (Client-server)
    • Jenis LAN ini terdiri daripada sebuah komputer pelayan (Server) untuk melayan komputer lain yang bertindak sebagai pengguna (Client). Komputer pelayan akan menjalankan pengurusan pusat(Centralized) untuk melayan pengguna-pengguna dari segi perkongsian perisian aplikasi, data, pencetak dll. Pelayan biasanya berkuasa tinggi. Jenis-jenis palayan: 
      • Pelayan fail (Fail server)- Menyimpan perisian dan data.
      • Pelayan data (Database server)- Menyimpan data sahaja.
      • Pelayan cetak (Print server)- Mengawal satu atau lebih pencetak.
      • Pelayan fax (Fax server)- Menguruskan penghataran fax.
      • Pelayan mel (Mail server)- Menguruskan e-mail.
       
       


      Kelebihan


      Kelemahan
      • Keselamatan sumber dan data dikawal oleh pelayan.
      • Semua komponen( client/ network/ server) kerja serentak.
      • Perkongsian data dan perisian aplikasi boleh di lakukan.
      • Perbelanjaan yang lebih mahal untuk sebuah komputer pelayan.
      • Perlukan melakukan penyelenggaraan (maintenance) untuk menjamin keberkesanan sistem.
      • Rangkaian tidak berfunggi jika berlaku kerosakan pada pelayan.
       2. Pengguna-pengguna sebaya (Peer to peer)
    •  
    •  Sistem ini tidak melibatkan komputer palayan. Ia membenarkan perkongsian alat dan fail. Setiap komputer dapat mengirim, menerima dan memproses fail data kerana setiap komputer mempunyai potensi yang sama. Contoh NOS ialah AppleShare dan Windos for Workgroups, Windows 95 dan Windows 98.  


      Kelebihan


      Kelemahan
      • Kosnya rendah, tidak perlu pelayan.
      • Guna Sistem Operasi yang sedia ada (Windows 95/98), hanya perlu configurasi untuk peer to peer.
      • Sesuai untuk organisasi yang kecil.
      • Tiada pengurusan pusat untuk fail dan perisian applikasi.
      • Keselamatan data tidak sebaik sistem client-server.
      • Lambat berbanding dengan sistem client-server.
       
    • B. Komponen-komponen untuk LAN

    • 1. Komputer pelayan (Server)
      Biasanya terdiri daripada sistem jenis Pentium Celeron 333A. 64MB SDRAM, 4GB cakera keras, 15' monitor digital berwarna, 40X CD-ROM drive, Kad Antaramuka Rangkaian (Ethernet Network Card), Kad SVGA 8MB dan kad bunyi 16 bit 3D 2. Stasen kerja (Workstation) Biasanya terdiri daripada sistem jenis 486 ke atas, 16MB RAM, 540MB cakera keras, 15' monitor digital berwarna, 40X CD-ROM drive, Kad Antaramuka Rangkaian (Ethernet Network Card), Kad SVGA 8MB dan kad bunyi 16 bit 3D. 
    • 3. Network Interface Card/ Kad Antaramuka Rangkaian (NIC) NIC perlu diinstal di setiap komputer dan disambung ke rangkaian dengan kabel atau sinar infra merah. Berikut adalah beberapa jenis NIC.
      • Ethernet Card -Contoh :3Com (RM 350), D-Link (RM 220),
      • 10Base (RM 120)
      • Token Ring Card
      • LocalTalk Connector
       
                        4. Kabel


    Terdapat 4 jenis kabel yang biasa digunakan. Berikut adalah perbandingan antara kabel-kabel dari segi keserasian dan kemampuannya. 
    Bil

    Jenis Kabel


    Keserasian


    Ethernet


    Token Ring


    Arcnet


    FDDI
    I Coaxial Ya Tidak Ya Tidak
    II Shieled Twisted Pair (STP) Ya Ya Ya Tidak
    III Unshieled Twisted Pair (UTP) Tidak Ya Ya Tidak
    IV Fiber Optic Tidak Ya Ya Ya
     
    Jadual Keserasian Kabel dengan Protokol
     
     
     
    Bil


    Jenis Kabel



    Kecekapan



    Kelajuan



    Ketahanan



    Harga
    I Coaxial Cepat Lebih Baik Sedang
    II Shieled Twisted Pair (STP) Lebih cepat Baik Rendah
    III Unshieled Twisted Pair (UTP) Dapat diterima Terpengaruh oleh interferen elektromagnetik Terendah
    IV Fiber Optic Paling laju Kebal terharap interferen elektromagnetik Tertinggi
     
    Jadual Kecekapan Kabel
     
     

            Soket (Connector)







    Jenis Kabel


    Jenis Soket
    I Coaxial BNC dan BNC T-Connector
    II Shieled Twisted Pair (STP) RJ-45
    III Unshieled Twisted Pair (UTP) RJ-45
    IV Fiber Optic ST Connector, SC Connector

       
      Alat tambahan
      a) Pengacip khas (Crimping)- RM50 : Untuk klip wayar dan masukkan wayar ke dalam soket.
    b) Penguji rangkaian (Network tester): Untuk menguji sambungan wayar.





    Mod Transmisi
    •  Arah isyarat mengalir di antara 2 peranti yg berhubung. 
    • 3 jenis mod transmisi:
                 – Simplex
                 – Half-duplex
                 – Full-duplex
     
    Simplex 
    •  Komunikasi berlaku dalam satu arah. Data transmisi mengalir mengikut satu arah sahaja pada setiap masa.
    • Hanya satu sahaja drp 2 nod yg berhubung boleh menghantar isyarat, manakala satu nod lagi hanya boleh menerima isyarat. 
    • Contoh:
                  – Papan ke kunci piawai ~ hanya boleh menghantar data
                  – Standard Monitor ~ hanya boleh menerima data
                  – Radio, TV

    Half Duplex 
    • Juga dikenali sbg komunikasi 2-talian (2-wire communications). 
    • Setiap nod boleh menghantar dan menerima isyarat; TETAPI bukan dalam masa yang sama. 
    • Data boleh bergerak dalam dua arah tetapi pada satu arah dalam satu masa. 
    • Apabila satu peranti menghantar, peranti lain hanya boleh menerima. 
    • Contoh  :  - walkie-talkie ~ hanya seorang boleh bercakap pd satu masa.

    Full Duplex 
    • Juga dikenali sbg “duplex”; komunikasi 4-talian (4-wire communication). 
    • Kedua2 stesen boleh menghantar dan menerima isyarat serentak. 
    • Ia membenarkan data mengalir dalam mana-mana arah pada masa yg sama. 
    • Contoh :    – Telefon ~ 2 orang boleh bercakap dan mendengar pada masa yg sama

      No comments:

      Post a Comment